PERKHIDMATAN UBK



VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
• Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
. • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
• Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
• Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.




FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh




SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA


Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling  melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

Merancang, mengawalselia dan mengemaskini  rekod dan inventori pelajar.

Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

Mengelola dan melaksana aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.

Merancang, melaksana mengawalselia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara professional dan beretika.

Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.

Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.

Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 

Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Menjadi personel  perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

Menjadi ahli jawatankusa dalam Majlis Perancang Sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan ( Kemasukan ) pelajar ke sekolah.

Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


Sifat-Sifat Kaunselor

1. Mampu menyesuaikan dirinya. ( sanggup mendengar )
2. Seorang yang menarik dan suka bersahabat dan memiliki keyakinan diri.
3. Memiliki sifat-sifat terpuji. ( sifat-sifat mahmudah )
4. Bersifat terbuka.
5. Bersifat tenang dalam menghadapi sesuatu situasi.
6. Bertingkahlaku yang bercirikan konsisten, beriltizam, tawakkal, berketrampilan dan kreatif.
7. Berterus terang, jujur, amanah dan ikhlas.
8. Peramah, sabar, penyayang.
9. Penuh keyakinan.
10. Tidak mudah jemu.
11. Mudah dihampiri.
12. Tidak menghukum.
13. Baik perwatakan, tingkahlaku dan emosi.
14. Sanggup menyatakan kebenaran.
15. Seorang yang berprinsip.
16. Anjal ( bertolak ansur, fleksibel )
17. Peka, kreatif, inovatif.
18. Suka menolong.
19. Pendengar dan pemerhati yang baik.
20. Kecindan. ( humor )
21. Optimistik.
22. Empati.
23. Mudah lentur ( pandai menyesuaikan diri )
24. Celik ICT
25. Istiqamah.
26. Gemar berinteraksi.
CIRI-CIRI KHUSUS KAUNSELOR

1. Profesional.
Ciri Profesional mengikut Carl Rogers :-
1.1 Tulen.
1.2 Kongruen pada percakapan dan perbuatan.
1.3 Ketepatan tindakan dan kata-kata.
1.4 Penerimaan tanpa syarat.
1.5 Menjaga kerahsiaan.
2. Akauntabiliti.
3. Pengalaman.
4. Minat.
5. Sihat.
6. Berkemahiran.
7. Beragama.

Ciri-Ciri Kaunselor Berkesan

a. Seseorang yang menarik dan suka bersahabat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
b. Memiliki sifat-sifat terpuji.
c. Bertingkahlaku yang bercirikan konsisten, beriltizam, terkawal, berketrampilan dan kreatif.
d. Berterus terang, jujur, amanah dan ikhlas.
e. Berkebolehan memahami dan empati yang tepat.
f. Sentiasa menghormati dan melihat orang lain dengan positif.
g. Mempunyai kesedaran etika yang tinggi.
h. Berkemampuan untuk berfungsi sebagai model.
i. Bertanggungjawab dan berwibawa.

No comments:

Post a Comment